Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang
dibentuk daripada kata cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen'
dan 'pen' daripada 'pendek'. Dalam bahasa Inggeris, karya sastera genre
ini dinamai short story. Dari segi criteria, keperluan, acuan dan teknik
atau kaedah penulisan karya pada penelitian saya, antara cerpen
daripada short story sama sahaja. (Jais Sahak, 1999:26).
Menurut Hussain dan rakan dalam buku
Glosari Istilah Kesusasteraan (1988: 54) pula mendefinisikan cerpen
sebagai singkatan 'cerita pendek' iaitu kisah rekaan yang relatif pendek
dihasilkan dalam bentuk prosa dilihat dari segi panjang pendeknya,
sesebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500-15,000 patah perkataan.
Ia mempunyai kesatuan terutamanya dalam plot disamping unsur lain
seperti tema, kesan, watak, mood dan gaya. Sedangkan menurut pendapat Arena
Wati (1995: 112) cerpen iaitu cerita pendek yang menentukan tentag
dirinya sendiri, atau orang yang meneliti cerpen itu yang memberikan
batas lingkungan untuk dunia cerita pendek. Kalau cerita pendek
membentuk dirinya begitu dan persoalan genesis yang tumbuh secara
wajar. Para pengarang tanpa sedarnya, menumbuhkan asas, lalu para
peneliti sastera kemudiannya menemukan ciri dalam tubuh cerita pendek;
dan daripada penemuaan ini mereka menggariskan suatu komponen norma
sebagai suatu pensyaratan identiti cerita pendek. Cerita pendek
atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif
fiktif. Cerita pendek cenderung padat dan langsung pada tujuannya
dibandingkan karya-karya fiksi yang lebih panjang, seperti novella
(dalam pengertian modern) dan novel. Karena singkatnya, cerita-cerita
pendek yang sukses mengandalkan teknik-teknik sastra seperti tokoh,
plot, tema, bahasa dan insight secara lebih luas dibandingkan dengan
fiksi yang lebih panjang. Ceritanya bisa dalam berbagai jenis. Cerita
pendek berasal dari anekdot, sebuah situasi yang digambarkan singkat
yang dengan cepat tiba pada tujuannya, dengan parallel pada tradisi
penceritaan lisan. Dengan munculnya novel yang realistis, cerita pendek
berkembang sebagai sebuah miniatur, dengan contoh-contoh dalam
cerita-cerita karya E.T.A. Hoffmann dan Anton Chekhov.
EmoticonEmoticon